Korban koronavirus Iran meningkat 92 orang

TEHRAN, 4 MAC – Iran hari ini melaporkan 15 kematian baharu dari koronavirus novel dan 586 kes jangkitan tambahan, membawa jumlah keseluruhan kepada 92 kematian dan 2,922 terjejas.

“Bilangan kes baharu yang disahkan dalam tempoh 24 jam adalah 586, orang” kata jurucakap kementerian kesihatan Kianoush Jahanpour memberitahu sidang berita.

“Seramai 15 orang malangnya telah kehilangan nyawa mereka.”

Wilayah Tehran dan Qom adalah paling teruk terjejas dengan masing-masing 253 dan 101 kes baharu COVID-19, menurut jurucakap.

Bandar suci Syiah Qom, selatan Tehran adalah kawasan utama letusan koronavirus dengan kematian pertamanya dilaporkan pada 19 Februari.

Pihak berkuasa sejak itu telah bergelut untuk membendung penularan pantasnya.

Sekolah-sekolah telah ditutup, acara-acara kebudayaan utama dan sukan ditangguhkan dan jam-jam kerja dikurangkan.

Namun koronavirus baharu itu kini muncul di semua tempat namun belum ada di sebuah dari 31 wilayah Iran, menurut jumlah terkini.

Sementara itu China hari ini melaporkan 38 lagi kematian namun kes baharu menurun tiga hari berturut-turut.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, jumlah korban keseluruhannya di China seramai 2,981, manakala lebih 80,200 dijangkiti.– AFP