Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban Mangkhut terus meningkat

    MANILA, 19 Sept – Jumlah kematian di Filipina akibat Taufan Mangkhut telah meningkat kepada 81 orang dan mungkin mencecah angka tiga digit tatkala anggota penyelamat menggali runtuhan tanah di mana berpuluh orang dianggap telah mati, menurut pihak berkuasa hari ini.

    Mangkhut membanjiri ladang di kawasan pertanian di utara Filipina dan memusnahkan rumah apabila ia melanda pada hujung minggu lalu dengan angin kencang dan hujan lebat.

    Sejak itu, jumlah telah meningkat kebanyakannya daripada mayat yang ditemui dari runtuhan tanah di bandar perlombongan Itogon, di mana berpuluh-puluh orang masih dipercayai tertimbus di bawah lumpur.

    “Daripada senarai, saya melihat 59 orang masih hilang di Itogon,” beritahu Ricardo Jalad, ketua pertahanan awam, kepada AFP.

    “Jika anda menambah angka berkenaan kepada jumlah yang telahpun ditemui, kemungkinan besar jumlah kematian akan mencecah 100 orang.”

    Taufan itu, yang paling kuat pada tahun ini, juga melanda Hong Kong dan membunuh empat orang di selatan wilayah Guangdong di China.

    Anggota penyelamat di Itogon meneruskan kerja-kerja mereka hari ini, menggali dengan penyodok dan tangan mereka di kawasan berlumpur yang memusnahkan tempat tinggal yang digunakan oleh pelombong kecil-kecilan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda