HANOI, 16 Okt – Insiden tanah runtuh dan banjir akibat hujan lebat minggu lepas di wilayah utara dan tengah Vietnam telah meragut 72 nyawa dan mencederakan 33 lagi, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Jawatankuasa Pandu Pusat bagi Pencegahan dan Kawalan Bencana Alam hari ini.
Mangsa yang terkorban termasuk 23 orang di utara wilayah Hoa Binh, 16 di wilayah tengah Thanh Hoa, 15 di utara wilayah Yen Bai dan sembilan di wilayah tengah Nghe An.
Sementara itu, sejumlah 30 orang yang dilaporkan hilang adalah dari wilayah Hoa Binh, Thanh Hoa, Yen Bai dan utara Son La. – Bernama/AFP
Klik di sini untuk berita lanjut.