Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Korban nahas kereta api cecah 75 orang

    LUBUMBASHI, 14 MAC – Angka terkini kematian dalam nahas kereta api di tenggara Republik Demokratik Congo dilapor mencecah 75 orang.

    Sebelum ini, pegawai menyatakan sejumlah 60 lelaki, wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam kemalangan berlaku pada malam Khamis itu, apabila kereta api perkhidmatan barang terbabit tergelincir.

    Namun angka terkini diumumkan ketua syarikat kereta api negeri SNCC, Fabien Mutomb, selepas melawat tapak berkenaan bersama pasukan yang dibentuk untuk menjalankan siasatan ke atas bencana terbabit.

    Beliau berkata, satu punca mungkin disebabkan lebihan muatan kereta api kerana orang ramai menaikinya secara haram.

    “Langkah-langkah akan diambil untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan mereka yang bertanggungjawab akan dihukum,” katanya yang dijangka mendedahkan laporan tahap kerosakan hari ini.

    Menurut Kementerian Komunikasi, daripada 125 yang cedera, 28 berada dalam keadaan kritikal.

    Menteri Dalam Negeri wilayah itu, Deodat Kapenda, yang melawat tapak kejadian berkata, kemalangan seperti berpunca daripada kehilangan daya tarikan secara tiba-tiba. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...