BEIJING, 4 FEB – Tiga lagi negara Asia telah disahkan dijangkiti wabak koronavirus dalam kalangan warganya yang tidak melakukan perjalanan ke China, tatkala Hong Kong mencatatkan kematian pertamanya akibat wabak tersebut, di mana beberapa juta lagi penduduk di China kini diarahkan untuk melakukan perintah berkurung.
Jumlah keseluruhan orang yang dijangkiti penyakit radang paru-paru disebabkan koronavirus di China mencecah seramai 20,438 dan 425 lagi meninggal dunia, kata jawatankuasa kesihatan negara China dalam satu kenyataan.
Menurut agensi berita Sputnik, sehari sebelum itu jumlah kes ialah sebanyak 17,205 dengan 361 kematian.
Sementara itu, wabak tersebut juga terus menular di beberapa negara Asia seperti Singapura, Malaysia dan Thailand hari ini, mencatatkan kes jangkitan virus tersebut, di mana warganya tidak melakukan perjalanan dari China.
“Menjelang tengah malam 3 Februari, jawatankuasa kesihatan negeri menerima maklumat dari 31 wilayah … kira-kira 20,438 kes disahkan penyakit radang paru-paru disebabkan novel koronavirus, 2,788 dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, 425 meninggal dunia, 632 dibenarkan keluar hospital,” kata jawatankuasa itu.

Lebih ramai pesakit di China yang dijangkiti novel koronavirus (2019-nCoV) telah pulih dan dibenarkan keluar hospital, lapor agensi berita Xinhua.
Pada Isnin seorang pesakit di bandar Suining di wilayah Sichuan barat daya China dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 13 orang.
Sementara itu, di wilayah Fujian timur China seorang pesakit juga dilaporkan telah pulih.
Di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang selatan China, lima pesakit dibenarkan pulang.
Sementara itu, pada Ahad 18 pesakit dibenarkan keluar hospital di wilayah Jiangxi timur China.
Di seluruh China sejumlah 475 pesakit pulih pada Ahad.
Kematian pertama akibat novel koronavirus dilaporkan di Hong Kong, lapor agensi berita Sputnik memetik South China Morning Post hari ini.
Menurut sumber perubatan, pesakit berusia 39 tahun itu sedang menjalani rawatan di Hospital Princess Margaret selepas dijangkiti virus itu, disahkan meninggal dunia pada Selasa pagi akibat kegagalan jantung.
Lelaki itu termasuk dalam senarai 13 orang pesakit yang telah disahkan dijangkiti virus tersebut.
Dengan jangkitan yang disahkan sebanyak 20,400 di China, bilangan wabak pembawa maut itu adalah lebih rendah berbanding 9.6 peratus kadar untuk wabak SARS.
Wabak tersebut telah menular hampir 20 negara di seluruh dunia, memaksa Pertubuhan Kesihatan Dunia untuk mengisytiharkan kecemasan kesihatan, di mana kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia telah menghentikan penerbangan mereka ke tanah besar China.
Pada Ahad, Filipina telah melaporkan kematian akibat wabak tersebut terhadap seorang warga China yang pulang dari Wuhan, kematian pertama yang dilaporkan di China. – Bernama/AP




























