Sunday, January 29, 2023
23 C
Brunei

-

Korban protes di Peru cecah 60 orang

BOGOTA, COLOMBIA, 22 JAN – Protes ganas yang berlarutan di Peru terus meragut nyawa apabila 60 orang disahkan terkorban setakat ini sejak bantahan meletus pada 11 Disember lalu, lapor agensi Anadolu.

Polis turut menyerbu Universiti San Marcos di Lima dan menahan 200 pelajar.

Kerajaan telah mengisytiharkan darurat di beberapa wilayah yang memberi kuasa kepada tentera untuk campur tangan.

Protes itu diadakan untuk menuntut Presiden Peru, Dina Boluarte meletakkan jawatan selepas penyingkiran bekas Presiden, Pedro Castillo.

Castillo turut ditahan atas tuduhan pemberontakan apabila cuba membubarkan Kongres dan mengeluarkan dekri untuk mengelak didakwa atas kesalahan rasuah.

Pejabat Pendakwa juga dilaporkan akan membuka kertas siasatan ke atas Boluarte susulan protes yang meragut nyawa orang awam itu. – Bernama

Penunjuk perasaan anti kerajaan berarak di Lima, Peru, baru-baru ini. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -