Korban ribut tropika meningkat

MANILA, 13 OKT – Jumlah korban akibat ribut tropika Kompasu meningkat kepada 13 orang manakala sembilan yang lain hilang, lapor Xinhua.

Majlis Kawalan dan Pengurusan Risiko Bencana memaklumkan kebanyakan mangsa yang maut dilaporkan di utara Filipina dan di Palawan akibat tanah runtuh dan banjir.

Kelmarin, ribut tropika itu mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh menyaksikan hampir 2,000 penduduk dipindahkan.

Menurut majlis itu kawasan terjejas paling teruk adalah di wilayah utara Filipina terutamanya kawasan pertanian menyebabkan kerugian dianggarkan bernilai AS$9.7 juta. – Bernama