Korban Seroja meningkat 128 orang

JAKARTA, 6 APRIL – Angka korban bencana banjir lumpur, tanah runtuh dan angin kencang akibat Siklon Tropika Seroja di Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia terus meningkat kepada 128 orang, ketika pasukan mencari dan menyelamat masih bertungkus-lumus mengesan mangsa yang masih tertimbus banjir lumpur dan terperangkap dalam runtuhan tanah.

Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), DoniMonardo dalam sidang media menerusi webinar tengah hari ini berkata cuaca ekstrem itu telah menyebabkan kerosakan lebih 2,000 rumah, kemudahan awam, pokok-pokok tumbang dan menyebabkan terputusnya bekalan elektrik dan komunikasi.

“Setakat malam tadi, sebanyak 8,424 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara, jumlah mereka yang hilang (yang dilaporkan dan berdasarkan data sementara setakat ini) adalah seramai 72 orang. – Bernama