Korban Taufan Conson meningkat 17 orang

ANKARA, 13 SEPT – Angka korban akibat Taufan Conson yang melanda sebahagian Filipina meningkat kepada 17 orang kelmarin.

Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana, kira-kira 9,000 bangunan mengalami kerosakan dan sistem pengangkutan terjejas, lapor agensi Anadolu. 

Kira-kira 24 orang dilaporkan cedera sementara tujuh masih hilang dan lebih 313,000 penduduk terjejas akibat bencana itu. – Bernama