TEHRAN, 12 MAC – Iran mengumumkan hari ini kira-kira 75 orang lagi telah meninggal dunia akibat koronavirus baharu, membawa jumlah keseluruhan korban jiwa kepada 429 daripada lebih 10,000 jangkitan.
Ia adalah jumlah kematian sehari tunggal tertinggi dalam masa tiga minggu sejak republik Islam itu mengumumkan kematian pertamanya daripada wabak itu bulan lalu.
“Dalam tempoh 24 jam, seramai 1,075 orang telah dijangkiti COVID-19…membawa jumlah mereka yang dijangkiti kepada 10,075 kes,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour semasa sidang berita.
“Seramai 75 orang dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu telah meninggal dunia dan hari ini sejumlah 429 yang dijangkiti sudah tiada,” tambahnya.
Iran belum lagi mengenakan kuarantin rasmi namun pihak berkuasa berulang kali menggesa penduduknya untuk tidak membuat perjalanan ke luar negara.
Mereka telah menutup sekolah-sekolah dan universiti dan menutup hotel-hotel sera penginapan pelancongan lain untuk tidak menggalakkan perjalanan.
Hari ini juga, Jahanpour berkata, “Khabar angin bandar-bandar dikuarantin dan stesen minyak adalah palsu.” – AFP