Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea adakan rundingan

    SEOUL, 1 Jun – Korea Selatan dan Korea Utara mengadakan rundingan peringkat tinggi hari ini untuk membincangkan usaha yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan hubungan sebelum mesyuarat bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Kim Jong Un.

    Rundingan Korea Selatan dan Korea Utara pada awalnya dijadualkan awal bulan ini tetapi secara tiba-tiba dibatalkan oleh Pyongyang sebagai tindak balas terhadap latihan tentera udara Korea Selatan–Amerika Syarikat.

    Tetapi sehari selepas ‘Max Thunder’ berakhir pada 25 Mei, pemimpin Korea Utara telah mengadakan sidang mesyuarat mengejut dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in di wilayah sempadan gencatan senjata, Panmunjom.

    Rundingan kedua mereka, susulan pertemuan pertama bersejarah pada April lalu.

    “Kami akan membincangkan cara untuk melaksanakan perjanjian dengan lancar dan wajar yang dicapai oleh kedua-dua pemimpin,” Menteri Penyatuan Korea Selatan, Cho Myoung-gyon memberitahu para wartawan sebelum berlepas ke Panmunjom bagi rundingan itu.

    Menurutnya, delegasi akan juga cuba ‘mewujudkan suasana positif bagi sidang kemuncak Korea Utara-AS’.

    Juga dalam agenda adalah rundingan tentang menghubungkan semula landasan kereta api rentas sempadan dan juga jalan raya, serta menurunkan pasukan bersama bagi Sukan Asia Jakarta pada Ogos nanti.

    Kedua-dua negara Korea itu telah membentuk pasukan Olimpik Korea bersatu buat pertama kali apabila mereka menurunkan skuad hoki ais wanita bersama pada Kejohanan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018.

    Pemulihan hubungan pada masa ini di semenanjung dicetuskan oleh sukan itu, yang mana Korea Utara telah menghantar atlet-atlet, ketua kumpulan sorak dan adik perempuannya sebagai utusan.

    Mesyuarat peringkat tertinggi diadakan ketika kesibukan mendadak diploma-si sedang berjalan untuk membuat persiapan bagi sidang kemuncak bersejarah antara Kim dan Trump.

    Orang kanan Kim, Kim Yong Chol, dijangka akan menyampaikan surat peribadi dari Kim untuk Trump selepas rundingan di New York dengan Setiausaha Negara Mike Pompeo, yang menjadikan apa yang disifatkan diplomat AS ‘kemajuan sebenar’ ke arah sidang kemuncak 12 Jun yang dijadualkan di Singapura. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda