Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Korea, AS laksana latihan amfibia

MOSCOW, 17 MAC – Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan latihan amfibia Ssangyong dari 20 Mac hingga 3 April, selepas latihan di lapangan itu terhenti selama lima tahun, menurut Sputnik yang memetik kenyataan pegawai tentera seperti yang dilaporkan agensi berita Yonhap.

Latihan Ssangyong akan berlangsung 272 kilometer ke tenggara Seoul. Pihak bersekutu akan menggerakkan pasukan pendaratan amfibia, 30 kapal termasuk kapal serangan amfibia, 70 pesawat dan helikopter serang AH-64 Apache, serta 50 kenderaan serangan amfibia, lapor agensi berita itu. – Bernama

Kenderaan perisai tentera AS bergerak di padang latihan di Paju, Korea Selatan, berdekatan sempadan Korea Utara, kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -