KAZAN, Rusia, 28 Jun – Juara Jerman tersingkir dari persaingan Piala Dunia lewat semalam dalam salah satu kejutan terbesar dalam sejarah kejohanan itu, gagal melepasi saingan peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 1938.
Dalam kedudukan mengejutkan terhadap kuasa bola sepak yang sering mara ke pusingan kedua sama ada final atau separuh akhir pada setiap persaingan Piala Dunia sejak 2002, Jerman tewas 2-0 kepada Korea Selatan dan menyaksikan mereka berada di tangga tercorot Kumpulan F.
Jerman memasuki perlawanan itu dengan mengetahui bahawa kemenangan dengan kelebihan dua jaringan akan memastikan mereka mara ke 16 pasukan akhir. Tetapi sebaliknya ia adalah pasukan Sweden dan
Mexico yang mara selepas Sweden mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Mexico di Yekaterinburg.
“Kekecewaan bagi kami disingkirkan adalah besar,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew, yang sekarang berada di bawah tekanan untuk meletak jawatan biarpun menandatangani kontrak sehingga 2022 pada bulan lalu.

“Terlalu awal bagi saya untuk menjawab, ia akan memerlukan beberapa jam untuk menjelaskan banyak perkara, kekecewaan sangat mendalam bagi saya,” kata jurulatih berusia 58 tahun itu, apabila ditanya jika dia akan meletak jawatan.
“Ia adalah malam yang terlalu pahit bagi kami,” tambah pemain pertahanan Mats Hummels. “Kedudukan adalah sukar untuk dibayangkan dengan kata-kata.”
“Kami memiliki banyak peluang, kami mengalami kesukaran di luar sana,” tambahnya.
Jerman layak ke Rusia dengan rekod sempurna 10 kemenangan, tetapi Hummels berkata pasukan tidak beraksi dengan baik sejak mereka menamatkan kelayakan lewat tahun lepas. – AFP

































