Korea S, AS digesa lindungi pakatan

PYEONGTAEK, Korea Selatan, 8 Nov – Pemerintah tentera Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan yang akan bersara, hari ini menggesa Seoul dan Washington melindungi pakatan mereka tatkala meningkatnya perbezaan mengenai pendekatan yang diambil ke atas Korea Utara.

AS memainkan peranan penting dalam mempertahankan Korea Selatan setelah berlakunya pencerobohan Utara pada 1950 hingga mencetuskan Perang Korea dan sehingga kini AS menempatkan 28,500 orang tentera di negara itu bagi mengatasi ancaman dari Korea Utara.

Tahun lalu, Presiden AS, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un bertukar-tukar kata-kata kesat dan ancaman perang, namun kekhuatiran terhadap konflik itu kemudian-nya digantikan dengan pendekatan diplomatik secara mendadak.

Namun, terdapat sedikit kemajuan berlaku sejak beberapa bulan kebelakangan di mana meningkatnya ketidaksenangan antara kedua-dua sekutu itu, dengan AS mengukuhkan sekatannya ke atas Pyongyang, manakala Seoul sebaliknya mencari langkah untuk meredakannya. – AFP