Korea S, AS kurangkan latihan berhubung virus, diplomasi

SEOUL, KOREA SELATAN, 7 MAC – Tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengurangkan eksesais tahunan mereka bulan ini disebabkan pandemik COVID-19 dan demi menyokong diplomasi yang menumpu ke atas program nuklear Korea Utara, kata para pegawai hari ini.

Ketua Turus Bersama Seoul dalam satu kenyataan mengatakan sekutu-sekutu memutuskan untuk memulakan latihan sembilan hari pada Isnin selepas menilai faktor-faktor seperti status pandemik dan usaha diplomatik untuk mencapai denuklearisasi dan keamanan ke atas Semenanjung Korea.

Ia berkata latihan itu secara semula jadinya bersifat defensif dan kebanyakan latihan tabletop dan simulasi serta tidak akan melibatkan latihan di lapangan.

Tahun lalu, sekutu-sekutu telah membatalkan latihan musim bunga mereka selepas beberapa askar mereka dijangkiti koronavirus. – AP

Tentera Korea Selatan ketika mengadakan latihan di Paju, Korea Selatan dekat sempadan Korea Utara pada 7 Mac. – AP