Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Korea S, AS tembak balas 8 peluru berpandu

    SEOUL, 6 JUN – Korea Selatan dan Amerika Syarikat melancarkan lapan peluru berpandu balistik hari ini sebagai tindak balas kepada ujian senjata Korea Utara pada hari sebelumnya, kata tentera Seoul.

    Ketua Turus Tentera berkata sekutu-sekutu melancarkan Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) darat ke darat pada sasaran di Laut Timur, juga dikenali sebagai Laut Jepun, pada awal pagi.

    Tembakan serentak 10 minit itu muncul sehari selepas Korea Utara melancarkan lapan peluru berpandu balistik jarak dekat susulan latihan tentera bersama Korea Selatan-AS melibatkan pengangkut pesawat udara AS.

    “Tentera kami mengecam provokasi peluru berpandu bersiri Korea Utara dan dengan tegas menggesanya untuk segera menghentikan tindakan yang membangkitkan ketegangan tentera di semenanjung itu,” tambah Ketua Turus Tentera.

    Pemerintah Indo-Pasifik AS berkata salah satu peluru berpandu tentera AS dan tujuh peluru berpandu Korea Selatan telah dilancarkan dari timur laut Korea Selatan semasa latihan peluru hidup hari ini, yang dihasratkan untuk menunjukkan keupayaan mereka bagi ‘tindak balas segera kepada sebarang krisis’.

    Pelancaran hari ini adalah yang kedua dalam pertunjukan kekuatan bersama daripada sekutu-sekutu di bawah presiden baharu Korea, Yoon Suk-yeal, yang menjanjikan pendirian tegas ke atas Pyongyang.

    “Kerajaan kami akan bertindak balas dengan tegas terhadap mana-mana provokasi dari Korea Utara,” kata Yoon hari ini semasa ucapan sempena Hari Memorial. – AFP

    ATACMS melancarkan peluru berpandu dari sebuah lokasi di pantai timur Korea Selatan semasa latihan bersama Korea Selatan-AS pada 6 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...