Korea S bakal tarik balik sekatan Korea U

SEOUL, Korea Selatan, 10 Okt – Korea Selatan mempertimbangkan untuk menarik balik beberapa sekatan melibatkan satu pihak ke atas Korea Utara bagi mencetuskan lebih banyak momentum diplomasi yang menyasarkan untuk meningkatkan hubungan dan mengurangkan krisis nuklear, menurut menteri luar negara Korea Selatan hari ini.

Semasa peninjauan oleh pihak kementerian, Kang Kyung-wha berkata pihak kerajaan sedang membuat kajian semula sama ada menarik semula sekatan yang dikeluarkan oleh Korea Selatan ke atas Korea Utara pada 2010 susulan serangan ganas ke atas kapal perang yang mengorbankan 45 tentera laut Korea Selatan.

Korea Selatan kemudiannya menutup semua kerjasama ekonomi rentas sempadan kecuali taman kilang yang dikendalikan bersama di bandar sempadan Kaesong, Korea Utara di mana ia telah ditutup pada Februari 2016 selepas ujian nuklear dan pelancaran roket jarak jauh Korea Utara.

Tindakan Korea Selatan untuk menarik balik sekatan itu akan memberi sedikit impak terhadap sekatan antarabangsa yangdiketuai Amerika Syarikat (AS) masih dikekalkan.

Tetapi ia jelas bahawa pentadbiran liberal Korea Selatan bersedia untuk memulakan semula projek kerjasama ekonomi jika perundingan nuklear besar antara AS dan Korea Utara mula menampakkan keputusannya.

“Sebahagian besar daripada langkah 24 Mei itu kini sama seperti sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara,” kata Kang.

“Tatkala perundingan diteruskan untuk meningkatkan hubungan antara Selatan dan Utara serta penamatan program nuklear, kajian semula yang fleksibel masih diperlukan (menarik balik langkah) asalkan ia tidak menjejaskan rangka kerja sekatan ke atas Utara.” – AFP