Korea S catat kes pertama varian Mu

SEOUL, 3 SEPT – Korea Selatan mencatat kes pertama melibatkan varian Mu dalam tiga sampel pesakitnya, lapor agensi berita Yonhap.

Varian Mu yang dikenal pasti berasal dari Colombia disahkan dijumpai dalam tiga sampel kes import termasuk dari Mexico, Amerika Syarikat dan Colombia, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) hari ini, tanpa memberi maklumat lanjut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mendedahkan varian Mu telah dikesan di 39 buah negara setakat ini, dan dikategorikan sebagai ‘varian yang membimbangkan’ sama seperti varian Alpha, Beta, Gamma dan Delta.

KDCA juga memaklumkan yang pihaknya akan terus memantau varian tersebut. – Bernama