Korea S catat lebih 4,000 kes baharu

SEOUL, KOREA SELATAN, 24 NOV – Jangkitan koronavirus baharu di Korea Selatan melebihi 4,000 sehari buat pertama kali sejak pandemik bermula ketika penularan delta terus menggoncang negara tersebut selepas ia melonggarkan penjarakan sosial baru-baru ini untuk memulihkan ekonomi.

Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea berkata kebanyakan 4,116 kes baharu itu dilaporkan hari ini dari bandar Seoul dan sekitarnya, di mana pertambahan kemasukan ke hospital mencetuskan kebimbangan tentang kekurangan dalam unit-unit rawatan intensif.

Sementara itu jumlah kematian sekarang sebanyak 3,363 selepas 35 pesakit virus meninggal dunia dalam tempoh 24 jam dengan 586 pesakit dalam keadaan kritikal juga menandakan jumlah yang tinggi. – AP