Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Korea S catat lebih 5,000 kes jangkitan buat pertama kali

    SEOUL, KOREA SELATAN, 1 DIS – Jangkitan harian koronavirus Korea Selatan melonjak melebihi 5,000 buat pertama kali sejak permulaan pandemik ketika pertambahan kes dipacu oleh delta telah menekan jumlah kematian dan kemasukan ke hospital mencecah tahap tinggi.

    Dengan penularan yang mengancam untuk melebihi kapasiti hospital, pakar-pakar kesihatan telah menyeru para pegawai untuk mengenakan penjarakan sosial lebih ketat yang dilonggarkan bulan lalu.

    Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea berkata hampir 5,123 kes baharu dilaporkan hari ini dari bandar Seoul dan sekitar rantau metropolitan, di mana para
    pegawai sebelumnya berkata lebih 80 peratus unit rawatan intensif yang direka bagi pesakit COVID-19 telah dipenuhi.

    Lebih 720 pesakit virus dalam keadaan kritikal juga menandakan jumlah tertinggi baharu. Korban jiwa di negara itu mencecah 3,658 selepas menyaksikan antara 30 dan 50 kematian sehari dalam beberapa minggu. – AP

    Burung merpati terbang dekat orang ramai yang beratur untuk mendapatkan ujian PCR di pusat ujian koronavirus di Seoul pada 1 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...