Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S dan Utara adakan ujian percubaan talian penting ketenteraan

    SEOUL, 10 Jan – Tentera Korea Selatan dan Utara hari ini mengadakan ujian percubaan sistem perhubungan komunikasi hotline yang disambung semula, memetik Kementerian Pertahanan Nasional, lapor agensi berita Yonhap.

    “(Kami) mengadakan ujian percubaan komunikasi selama kira-kira lima minit dari pukul 8 pagi hari ini, untuk memeriksa talian komunikasi ketenteraan Laut Kuning dan tiada komen luar biasa,” kata kementerian itu.

    Kenyataan itu menambah, kerja-kerja teknikal hotline yang telah terputus hampir dua tahun lalu akan diteruskan.

    Korea Selatan telah lama cuba untuk memulihkan talian komunikasi berkenaan, untuk mengelakkan gangguan yang tidak disengajakan di sekitar Had Jalur Utara (NLL), di sempadan laut defacto di antara kedua-dua pihak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda