Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Korea S ‘ditewaskan’ Omicron

    SEOUL, KOREA SELATAN, 7 FEB – Korea Selatan tidak lagi akan menggunakan pemantauan GPS untuk menguatkuasakan kuarantin dan juga akan menamatkan seruan pemeriksaan harian bagi pesakit koronavirus berisiko rendah ketika Omicron membebani kakitangan kesihatan dan kerajaan.

    Kecepatan jangkitan telah menyebabkan ia mustahil untuk mengekalkan respons perubatan yang ketat dan proaktif, kata Jeong Eun-kyeong, pakar penyakit berjangkit negara itu hari ini.

    Agensi Pencegahan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea telah melaporkan sebanyak 38,691 kes baharu, meningkat sembilan kali ganda dari tahapnya yang disaksikan pada pertengahan Januari, apabila Omicron menjadi strain dominan negara itu.

    Jeong berkata negara itu mungkin menyaksikan lonjakan harian sekitar 130,000 atau 170,000 lewat hujung bulan ini.

    Korea Selatan pernah dianggap berjaya semasa bahagian awal pandemik selepas ia membendung jangkitan dan kemasukan ke hospital lebih berkesan daripada kebanyakan negara lain di Barat.

    Pihak berkuasa bekerja rapat dengan syarikat-syarikat bioteknologi untuk mempercepatkan ujian makmal dan giat menggerakkan peralatan teknologi dan kakitangan awam untuk mengesan kontak rapat dan menguatkuasakan kuarantin.

    Para pegawai sudah pun diarahkan untuk melanjutkan rawatan di rumah, tempoh kuarantin dikurangkan dan membentuk semula dasar pengujian hanya menggunakan kit ujian pantas antigen, meskipun bimbang dengan kebolehpercayaan alat itu, demi menyelamatkan ujian makmal bagi warga berusia 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai masalah penyakit yang berisiko mendapat jangkitan serius.

    Rancangan untuk melanjutkan pelonggaran pemantauan dan kuarantin muncul ketika kakitangan kesihatan dan awam bergelut untuk menangani hampir 150,000 pesakit yang dirawat di rumah yang dijangkiti simptom ringan atau sederhana, yang menyebabkan penangguhan dalam preskripsi ubat dan melumpuhkan pengesanan kontak. – AP

    Penduduk Seoul menunggu ujian koronavirus di tapak ujian sementara, Korea Selatan pada 7 Februari. Korea Selatan tidak lagi akan menggunakan pemantauan GPS untuk menguatkuasakan kuarantin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...