Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S guna THAAD elak ancaman nuklear

    SEOUL, Korea Selatan, 2 Mei – Satu sistem anti-peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di tenggara Korea Selatan kini boleh mempertahankan diri terhadap peluru berpandu Korea Utara, kata pegawai Korea Selatan hari ini.

    Sistem Pertahanan Altitud Tinggi Terminal yang didirikan di padang golf di Seongju mempunyai ‘keupayaan awal’ untuk bertindak balas terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara, kata jurucakap Kementerian Pertahanan Moon Sang Gyun. Beliau tidak berkata bila Washington dan Seoul menjangka THAAD beroperasi sepenuhnya.

    Pemasangan sistem THAAD telah menimbulkan kemarahan penduduk Seongju yang bimbang Korea Utara mungkin mensasarkan bandar mereka dan bimbang mengenai risiko kesihatan yang dikaitkan dengan radar THAAD.

    Penduduk juga mendebatkan sama faedah keselamatan THAAD akan mengatasi kelemahan yang mungkin timbul sekiranya hubungan bertambah teruk dengan China, yang melihat sistem tersebut sebagai satu ancaman, dan mereka berasa marah dengan kenyataan Presiden Donald Trump mengatakan beliau akan membuat Korea Selatan membayar $1 bilion untuk sistem berkenaan.

    Bateri THAAD pada asalnya dijadual beroperasi pada akhir tahun. Apabila siap, ia mempunyai enam pelancar yang dipasang pada trak yang boleh menembak 48 pemintas pada peluru berpandu yang masuk yang dikesan oleh radar jalur-x sistem.

    Sistem pertahanan peluru berpandu atau THAAD dipasang di padang golf di Seongju, Korea Selatan, kelmarin. Satu sistem anti-peluru berpandu AS yang berpangkalan di tenggara Korea Selatan kini boleh mempertahankan diri terhadap peluru berpandu Korea Utara, kata seorang pegawai Korea Selatan kelmarin. – AP
    Sistem pertahanan peluru berpandu atau THAAD dipasang di padang golf di Seongju, Korea Selatan, kelmarin. Satu sistem anti-peluru berpandu AS yang berpangkalan di tenggara Korea Selatan kini boleh mempertahankan diri terhadap peluru berpandu Korea Utara, kata seorang pegawai Korea Selatan kelmarin. – AP

    Pengkritik menyoal sama ada AS dan kerajaan sementara Seoul sedang bergegas untuk mendirikan THAAD sebelum pilihan raya pada 9 Mei yang akan membawa perubahan dalam kerajaan di Seoul, yang perlu selepas Park Geun-Hye didakwa dan disingkirkan daripada jawatan presiden dalam skandal rasuah.

    Calon yang disebut-sebut akan menang Moon Jae-In, seorang liberal yang menggesa penglibatan dengan Korea Utara, telah berkata beliau akan menimbang semula THAAD jika beliau menjadi presiden.

    Korea Utara menjalankan satu lagi ujian peluru berpandu pada Sabtu, yang dilaporkan gagal sejurus selepas dilancarkan, dan Kementerian Luar Negerinya berkata semalam negara akan mempercepat langkah-langkah untuk merangsang program nuklearnya ‘pada kadar maksimum.’

    Satu kenyataan yang diedar oleh Misi PBB Korea Utara berkata kerajaan bersedia untuk memberi respons terhadap mana-mana opsyen yang diambil oleh Amerika Syarikat. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda