Korea S hantar 50,000 tan beras ke Utara

SEOUL, 19 JUN – Korea Selatan berkata hari ini ia akan menghantar 50,000 tan beras ke Korea Utara menerusi Program Makanan Sedunia untuk membantu negara itu yang berdepan kekurangan makanan.

“Kerajaan tidak boleh mengendahkan penderitaan penduduk Korea Utara,” kata kementerian penyatuan Seoul, yang mengendalikan hubungan antara Korea.

Ia akan menjadi yang pertama kali Korea Selatan membekalkan bantuan makanan kepada Korea sejak 2010, apabila ia menghantar 5,000 tan beras ke seluruh sempadan. – AFP