Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Korea S hantar bidaan jadi tuan rumah Piala Asia 2023

    SEOUL, 30 JUN – Korea Selatan secara rasminya telah menghantar bidaan mereka untuk menjadi tuan rumah bagi Piala Asia 2023 berikutan penarikan diri China disebabkan oleh wabak koronavirus, menurut Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA), hari ini.

    China sepatutnya menjadi tuan rumah bagi perlawanan tersebut pada Jun dan Julai tahun depan tetapi telah menarik diri daripada mengadakan kejohanan tersebut pada bulan lalu kerana beberapa cabaran yang mereka hadapi sekali gus dengan peraturan ketat dalam strategi sifar COVID mereka.

    Disebabkan penarikan diri tersebut, Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) telah menawarkan bidaan baharu untuk negara yang ingin menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan, sambil menegaskan kepada negara yang berminat mestilah menghantar bidaan tersebut yang berakhir hari ini. Pasukan terbaik serantau termasuk Jepun, Korea Selatan, Australia dan juara bertahan, Qatar telah pun layak, termasuklah juga China.

    “Hari ini, KFA dengan rasminya menghantar surat dengan hasrat untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 kepada Konfederasi Bola sepak Asia,” tulis KFA menerusi akaun Twitter mereka. “Korea Selatan berusaha untuk menganjurkan dan memenangi Piala Asia untuk kali pertama dalam 63 tahun, kami mengharapkan sokongan daripada awda,” kata persatuan itu.

    Sementara itu, Piala Asia AFC pertama kali diadakan pada 1956, dan Korea Selatan menjadi tuan rumah pada edisi 1960.

    Pasukan Taegeuk Warriors hanya berjaya memenangi dua Piala Asia, pada 1956 dan 1960. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...