Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S hantar kapal perang ke Libya

    SEOUL, 2 Ogos – Seoul hari ini berkata ia telah menghantar kapal perang ke Libya bagi memperlihatkan kekuatannya untuk menjamin pembebasan seorang warga Korea Selatan yang diculik bersama-sama tiga warga Filipina di negara Afrika Utara itu.

    Kapal seberat 4,000 tan, Munmu the Great, yang terlibat dalam operasi antilanun di Teluk Aden, kini dalam perjalanan menuju Libya, menurut para pegawai.

    Selain ‘melaksanakan tugas melindungi kapal-kapal komersial, kapal perang itu juga bersedia bagi semua kemungkinan termasuklah keperluan bagi bantuan ketenteraan,” jurucakap kementerian pertahanan memberitahu AFP tanpa mengulas lebih lanjut lagi.

    Tiga jurutera warga Filipina dan warga Korea Selatan itu telah diculik dalam serangan ke atas tapak projek air di barat Libya pada 6 Julai lalu.

    Kerajaan mereka mengesahkan mereka telah muncul dalam video yang dikongsikan di media sosial minggu ini. Video itu yang juga dihantar oleh kumpulan Perisikan SITE, memperlihatkan empat lelaki bercakap menghala ke kamera dalam bahasa Inggeris.

    Seorang pengawal bersenjata kelihatan bercangkung di belakang mereka di atas pasir, tetapi para penculik mereka tidak dikenal pasti dan tidak ada kumpulan yang mengaku melancarkan serangan itu. Tidak jelas bila video itu dirakamkan.

    “Kedutaan Filipina di Tripoli telah mengesahkan tiga lelaki dalam video itu adalah tiga juruteknik warga Filipina yang diculik oleh lelaki bersenjata di Libya bulan lalu,” jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina Elmer Cato memberitahu AFP.

    Jurucakap pejabat presiden Seoul berkata “kerajaan berusaha sedaya upaya dengan semua sumber negara itu.”

    “Negaranya dan presidennya tidak pernah melupakannya,” jurucakap Kim Eui-kyeon berkata dalam satu kenyataan.

    Kim berkata “Kerajaan mengekalkan sistem kerjasama rapat dengan kerajaan Libya dan sekutu-sekutu lain, seperti Filipina dan Amerika Syarikat, sejak hari insiden itu bagi keselamatan dan pembebasannya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda