Thursday, September 19, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S hasrat bangunkan tenaga nuklear di Filipina

    SEOUL, 8 OGOS – Menteri Luar Korea Selatan, Cho Tae-yul mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Filipina, Enrique Manalo di sini.

    Kementerian Luar Korea Selatan dalam satu kenyataan kelmarin memaklumkan Cho menyatakan hasrat Seoul untuk turut serta dalam pembangunan tenaga nuklear di Filipina semasa pertemuan itu.

    “Menteri Cho menekankan kepentingan loji tenaga nuklear yang merupakan sumber tenaga sangat diperlukan untuk campuran tenaga rasional, dan menyatakan bahawa Korea Selatan ingin menjadi rakan kongsi terbaik Filipina dalam pembinaan loji kuasa nuklear pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda