Korea S hulur bantuan AS$12j

SEOUL, 15 Mac – Korea Selatan merancang menyediakan bantuan kemanusiaan sebanyak AS$12 juta kepada Syria yang sarat dilanda konflik dan negara yang berjiran dengannya tahun ini, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Kementerian Luar Seoul pada Jumaat.

Diketuai Timbalan Menteri Luar bagi Hal Ehwal Multilateral dan Global Kang Jeong-sik, delegasi Korea Selatan mendedahkan rancangan itu semasa Persidangan mengenai Sokongan Masa Depan Syria dan Rantau tersebut yang berlangsung di Brussels pada Khamis.

Kerajaan Seoul setakat ini menyediakan lebih AS$63 juta kepada Syria dan negara yang menerima pelarian Syria seperti Turki, Jordan serta Lubnan.

“Pendirian tegas kami ialah untuk menggabungkan usaha bagi menangani situasi kemanusiaan antarabangsa sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab,” menurut kementerian itu.

“Kerajaan merancang meneruskan sokongannya bagi membantu menangani krisis kemanusiaan di negara Timur Tengah lain seperti Yaman dan juga Iraq.” – Bernama