Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

    SEOUL, 21 MAC – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke hadapan dan mesti melupakan sejarah silam.

    Hubungan kedua-dua negara perlu bergerak ke hadapan yang sekali gus dapat mewujudkan situasi sama-sama menang, kata Yoon dalam mesyuarat Kabinet, lapor agensi berita Yonhap.

    Yoon sebelum ini menerima kritikan daripada rakyat Korea Selatan susulan sidang kemuncak dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang diadakan baru-baru ini.

    Pembangkang utama Parti Demokrat (DP) dan pengkritik lain mengecam Yoon kerana mendakwa beliau mengorbankan kepentingan nasional Korea Selatan selepas kerajaan memutuskan untuk membayar pampasan kepada mangsa buruh paksa Jepun pada masa perang tanpa meminta sumbangan Jepun.

    DP juga mendakwa Yoon ada membuat konsesi dengan Jepun tetapi tidak didedahkan.

    Media Jepun melaporkan bahawa kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan isu pulau Dokdo yang terletak di Korea Selatan, hamba seksual Jepun semasa perang dan larangan import produk perikanan dari Fukushima. – Bernama

    Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bercakap semasa mesyuarat Kabinet di pejabat presiden di Seoul, Korea Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...