Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Korea S kurangkan tempoh kuarantin

    SEOUL, KOREA SELATAN, 24 JAN – Korea Selatan akan meluaskan ujian pantas dan memendekkan tempoh kuarantin.

    Rancangan itu diumumkan ketika negara itu melaporkan lebih 7,000 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini.

    Bermula Rabu, tempoh kuarantin bagi orang yang diuji positif selepas divaksinasi penuh akan dikurangkan dari 10 hari kepada tujuh hari, kata Pesuruhjaya KDCA, Jeong Eun-kyeon semasa taklimat.

    Orang yang sudah divaksin penuh yang menjadi kontak rapat kepada pembawa virus tidak lagi akan dikenakan kuarantin, namun mereka akan dikehendaki melaporkan keadaan kesihatan harian mereka kepada para pegawai sebelum mendapatkan ujian dalam masa enam atau tujuh hari.

    Namun sebaliknya, peraturan baharu itu akan mengehendaki orang yang belum sepenuhnya divaksin untuk menjalani kuarantin selama tujuh hari jika mereka menjadi kontak rapat kepada pembawa virus dan 10 hari jika mereka diuji positif. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...