Korea S lancar roket pertama domestik namun misi gagal

SEOUL, 21 OKT – Korea Selatan hari ini telah melancarkan roket angkasa yang pertama dibina dalam negara, namun gagal untuk meletakkan dami muatan itu ke orbit, satu kegagalan dalam percubaan negara itu untuk menyertai rangking negara-negara yang bersaing ke angkasa.

Korea Space Launch Vehicle II yang digelar Nuri dan memaparkan bendera Korea Selatan, terpacak tegak dari Goheung di pantai selatan, berlepas meninggalkan gumpalan api.

Kesemua tiga peringkat roket berfungsi, membawanya ke altitud 700km dan 1.5 tan muatan diasingkan dengan jayanya, kata Presiden Moon Jae-in selepas menyaksikan pelancaran di pusat kawalan.

Tetapi ‘meletakkan dami satelit ke orbit kekal satu misi belum selesai,” umumnya.

“Meskipun ia sedikit lagi mencapai matlamatnya dengan sempurna, tetapi kita telah mencapai hasil baik dengan pelancaran pertama kita.

Roket buatan tempatan pertama Korea Selatan, Nuri semasa dilancarkan di Pusat Angkasa Naro di Goheung, wilayah Jeolla Selatan, Seoul pada 21 Oktober. – AFP

“Percubaan lain akan dilakukan pada Mei,” katanya.

“Negara-negara yang berada di hadapan dalam bidang teknologi angkasa akan mendahului masa depan.

“Dan kami belum terlambat untuk melakukannya,” tambahnya.

Misi gagal kerana enjin peringkat ketiga terhenti membakar 46 saat lebih awal daripada yang dijadualkan, menteri sains, Lim Hye-soo memberitahu wartawan.

Roket Nuri peringkat ketiga sudah dibina sejak sedekad yang menelan belanja sekitar 2 trilion won (AS$1.6 bilion) dengan berat 200 tan dan panjang 47.2 meter, dilengkapi enam enjin berkuasa cecair. – AFP