Korea S: Mungkin tegah sebar risalah ke Korea U

SEOUL, 4 JUN – Korea Selatan mungkin akan mengharamkan pembelot daripada menyebarkan risalah anti-Pyongyang ke Korea Utara, kata para pegawai, beberapa jam selepas adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengancam untuk membatalkan perjanjian ketenteraan dengan Seoul.

Kim Yo Jong, adik perempuannya yang mempunyai pengaruh dan penasihat utama kepada pemimpin itu, mengeluarkan amaran di tengah-tengah hubungan dingin dua negara, meskipun sudah tiga kali pertemuan antara Jong Un dan Presiden Selatan, Moon Jae-in pada tahun 2018 yang mempromosi penglibatan bersama Pyongyang.

Pembelot Korea Utara dan aktivis lain sudah lama menerbangkan belon melepasi sempadan bagi menyebarkan risalah mengkritik Kim kerana mencabuli hak asasi manusia dan cita-cita nuklearnya.

“Pihak berkuasa Korea Selatan terpaksa membayar ‘harga’ mahal jika mereka membiarkan keadaan ini berlanjutan sambil memberikan pelbagai alasan,” kata Kim Yo Jong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita rasmi KCNA. – AFP