SEOUL, 28 Mei – Myanmar telah melancarkan sistem maklumat undang-undang dalam talian dengan kerjasama dari Korea Selatan, menurut seorang pegawai di Seoul pada Isnin.
Majlis Pelancaran Sistem Maklumat Undang-undang Myanmar (MLIS) itu, berlangsung di Naypyidaw pada Khamis, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
MLIS membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat undang-undang melalui Internet atau telefon bimbit.
Projek yang telah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu itu, menerima suntikan dana sebanyak AS$3.65 juta daripada Korea Selatan.
“Kerajaan kini boleh memberikan maklumat mengenai undang-undang dan peraturan kepada rakyat dengan cepat dan mudah. ??
“Terima kasih kepada kerajaan Korea Selatan kerana membantu kami mewujudkan sistem itu,” kata Ketua Hakim Mahkamah Agung Myanmar, Htun Htun Oo. – Bernama