Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S perakui 76 buku teks digital berasaskan AI

    SEOUL, 29 NOV – Sebanyak 76 buku teks digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) telah diperakui untuk kegunaan bilik darjah buat kali pertama, meliputi pelajar sekolah rendah hingga menengah atas, kata Kementerian Pendidikan Korea Selatan hari ini.

    Menurut agensi berita Yonhap, buku teks yang disenaraikan dalam warta rasmi adalah untuk mata pelajaran termasuk matematik dan Bahasa Inggeris untuk murid darjah tiga dan empat sekolah rendah, pelajar tingkatan satu sekolah menengah rendah, serta tingkatan satu sekolah menengah atas.

    Daripada 146 buku teks yang dikemukakan untuk pensijilan, 76 telah dipilih.

    Buku teks yang diperakui itu akan dipamerkan di sekolah mulai Isnin depan dan setiap sekolah akan memilih buku teks itu untuk digunakan di bilik darjah bermula tahun persekolahan baharu pada Mac, bersama buku kursus sedia ada.

    Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa buku teks digital akan membantu menyediakan pendidikan yang disesuaikan kepada pelajar dengan cara yang sepadan dengan kebolehan dan tahap mereka. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda