Monday, December 5, 2022
22.3 C
Brunei

-

Korea S rancang laksana semula sekatan

SEOUL, 15 DIS – Korea Selatan menangguhkan langkah untuk kembali normal, dengan melarang perkumpulan sosial dan mengurangkan waktu beberapa perniagaan bagi mencegah peningkatan rekod baharu koronavirus yang menyebabkan lonjakan kemasukan ke hospital dan kematian.

Perdana Menteri, Kim Boo-Kyum mengesahkan hasrat kerajaan untuk melaksanakan semula langkah penjarakan sosial yang lebih ketat semasa perjumpaan hari ini ketika negaranya mencatatkan rekod harian baharu dengan 7,850 jangkitan, kali keempat angka harian melepasi 7,000.

Jumlah kematian di negara itu kini mencecah 4,456 selepas 70 pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu, sementara rekod 964 pesakit berada dalam keadaan kritikal atau serius. Pegawai sebelum ini berkata sistem perubatan negara mungkin terbeban sekiranya jumlah kes serius melepasi 1,000 kerana ia akan menjejaskan kemampuan hospital untuk memberi respons bukan sahaja terhadap COVID-19 malahan keadaan perubatan lainnya.

“Pihak kerajaan melihat situasi jangkitan ketika ini sebagai serius dan merancang untuk melaksanakan langkah penjarakan sosial,” kata Kim. “Kami mempertimbangkan langkah termasuk lebih banyak pengurangan jumlah perkumpulan sosial yang dibenarkan dan mengenakan sekatan waktu perniagaan, dan langkah ketiga akan disahkan dan diumumkan kemudian.”

Langkah baharu itu dijangka diumumkan seawalnya pada Jumaat.

Lonjakan jangkitan dilihat sebagai tamparan hebat buat Korea Selatan, yang secara signifikan melonggarkan peraturan penjarakan sosial dan kembali membuka sekolah sepenuhnya pada November dalam tindakan yang digelar oleh pegawai sebagai langkah pertama menuju kembali normal pra pandemik.

Dengan membenarkan lebih ramai perkumpulan ramai dan melonggarkan had waktu menikmati makanan di restoran, pegawai berharap ia akan meningkatkan kadar vaksinasi sekali gus mengurangkan jumlah kemasukan ke hospital dan kematian sekiranya virus terus menular.- AP

Kelihatan pasangan kekasih mengambil gambar di menara Namsan, Seoul. Korea Selatan mempertimbangkan untuk mengetatkan semula sekatan bagi membendung penularan wabak.- AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

ASEAN: Tiga tindakan promosi pembangunan bandar mampan

FUKUSHIMA, 4 DIS – Mesyuarat keempat Peringkat Tinggi Rangkaian Bandar Pintar ASEAN-Jepun bermula di sini hari ini, dengan ASEAN mengetengahkan tiga tindakan utama untuk...

Australia dakwa suspek IS

- Advertisment -