Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN – Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling menghormati harus menjadi asas kepada hubungan dua hala tersebut.

    Penasihat Keselamatan Negara, Cho Tae-yong membuat kenyataan itu pada forum sehari selepas Duta Besar China ke Seoul ,Xing Haiming menyatakan rasa kurang senang dengan diplomasi pro-AS Korea Selatan semasa pertemuan dengan pemimpin parti pembangkang Lee Jae-myung, lapor agensi berita Yonhap.

    Semasa pertemuan itu, Xing menyeru agar Seoul menyokong prinsip Satu China Beijing, dengan mendakwa bahawa hubungan China-Korea sejak kebelakangan ini berdepan cabaran luar.

    “Hubungan antara negara harus berdasarkan rasa hormat antara satu sama lain,” kata Cho dalam ucaptama persidangan untuk menilai diplomasi tahun pertama dan dasar keselamatan pentadbiran, Yoon Suk Yeol.

    “Kami akan membentuk hubungan Korea Selatan-China yang sihat melalui diplomasi yakin yang bersesuaian dengan peningkatan pengaruh Republik Korea dan jangkaan rakyat,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...