Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Korea S semak masa bekerja untuk beri lebih fleksibiliti

SEOUL, 6 MAC – Kerajaan Korea Selatan mengumumkan langkah untuk memperbaharui sistem 52 jam kerja seminggu dengan memberi lebih fleksibiliti dan pilihan dalam waktu bekerja.

Di bawah sistem yang diperkenalkan pada 2018, majikan mesti mengehadkan kerja lebih masa kepada 12 jam seminggu untuk memastikan jumlah jam bekerja kekal 52, lapor agensi berita Yonhap.

Semakan itu antara lain akan menjamin tempoh rehat berturut-turut selama 11 jam antara setiap hari bekerja dan untuk membolehkan syarikat meningkatkan jam bekerja mingguan maksimum kepada 69 sambil mengekalkan purata had kerja 52 jam.

Kerajaan juga akan menerima pakai sistem sabatikal baharu dengan pekerja boleh menjimatkan tempoh kerja lebih masa sebagai hari cuti bergaji supaya ia boleh digunakan berturut-turut dengan hari cuti bergaji tahunan.

Keputusan fleksibiliti itu hendaklah diterima pakai atas persetujuan antara buruh dan pengurusan setiap syarikat. – Bernama

Gambar bertarikh 3 Ogos 2022 menunjukkan orang ramai keluar membeli-belah di sebuah pasar raya di Seoul. Kerajaan Korea Selatan menyemak masa bekerja lebih fleksibiliti dan pilihan dalam waktu bekerja. – Xinhua
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -