Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Korea S sertai perjanjian ekonomi digital

    SEOUL, 9 JUN – Korea Selatan menyertai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital (DEPA), rakan kongsi pertama pakatan yang diasaskan oleh Chile, New Zealand dan Singapura, dalam usaha mengembangkan rangkaian perdagangan digitalnya, menurut Kementerian Industri Seoul, hari ini.

    Sebagai pakatan digital plurilateral pertama di dunia, DEPA memperjuangkan pelaksanaan peraturan utama dalam isu perdagangan digital seperti identiti digital, aliran data rentas sempadan dan kecerdasan buatan.

    Perjanjian itu bermula pada Januari 2021 dan Korea Selatan memohon untuk menyertai perjanjian itu pada September tahun yang sama.

    Pada Khamis, Menteri Perdagangan Korea Selatan, Ahn Dukgeun bertemu rakan sejawatannya daripada tiga anggota pengasas DEPA di Paris disamping mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, dan memuktamadkan perbincangan untuk Seoul menyertai pakatan itu, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.

    “DEPA mewujudkan pendekatan dan kerjasama baharu dalam isu perdagangan digital, menggalakkan kesalingoperasian antara rejim berbeza dan menangani isu baharu yang ditimbulkan oleh pendigitalan,” menurut kenyataan akhbar bersama itu.

    “Korea Selatan telah membuktikan pematuhannya terhadap piawaian tinggi perjanjian itu.

    Terdapat potensi yang sangat baik untuk DEPA bekerjasama dalam projek berkepentingan bersama dalam bidang seperti invois elektronik, perlindungan pengguna, pertukaran dokumen perdagangan elektronik dan pemindahan data rentas sempadan,” menurut kenyataan itu.

    Korea Selatan berusaha untuk memuktamadkan prosedur domestik bagi penyertaan itu supaya ia dikuatkuasakan tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...