Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Korea S tambah penerbangan

    SEOUL, 6 APRIL – Korea Selatan bakal menambah jumlah penerbangan antarabangsa ke Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara bebas kuarantin COVID-19, sebanyak 100 penerbangan setiap bulan bermula Mei.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Jeon Hae Cheol hari ini berkata permintaan untuk perjalanan antarabangsa dijangka meningkat memandangkan banyak negara luar secara beransur-ansur menarik balik syarat kuarantin.

    “Mulai Julai, kadar penerbangan akan dinaikkan kepada 300 setiap bulan. Pada masa ini, bilangan penerbangan antarabangsa ialah 420 setiap minggu, iaitu sebanyak 8.9 peratus berbanding ketika pra-pandemik,” katanya.

    Beliau berkata kerajaan juga akan menormalkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa di beberapa wilayah lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...