Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Korea S terima bekalan pertama pil Paxlovid

    SEOUL, KOREA SELATAN, 13 JAN – Korea Selatan hari ini menerima bekalan pertama pil antivirus Pfizer untuk merawat pesakit yang mengalami simptom ringan atau sederhana.

    Para pegawai kesihatan menyifatkan pil Paxlovid sebagai alat penting yang berpotensi untuk mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian, ketika negara itu berdepan kemungkinan peningkatan dalam jangkitan yang dipacu oleh varian Omicron yang mudah berjangkit.

    Bekalan awal Korea Selatan adalah mencukupi untuk menyokong rawatan lima hari bagi 21,000 orang.

    Para pegawai berkata kumpulan pil lain, yang mencukupi untuk memberikan rawatan lima hari bagi 10,000 orang, akan tiba pada hujung Januari.

    Para pekerja dilihat memunggah kontena pil dari sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

    Pil itu akan dipindahkan ke gudang farmaseutikal di tengah Korea Selatan sebelum diberikan kepada para pesakit seluruh negara itu bermula esok (Jumaat).

    Disebabkan bekalan Paxlovid akan terhad pada permulaan ini ekoran kekurangan di seluruh dunia, pil-pil itu akan diberikan hanya kepada pesakit berusia 65 tahun ke atas yang mempunyai simptom ringan atau sederhana dan sedang dirawat di rumah atau kemudahan lain.

    “Dalam percubaan klinikal, ubat itu menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko kemasukan ke hospital atau kematian sekitar 88 peratus, oleh itu kami berharap peringkat serupa (keadaan sebenar) akan keberkesanannya,” kata Lim Sook-young, seorang pegawai kanan di Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea.

    Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan Korea Selatan juga mengkaji sama ada untuk memberikan kebenaran kegunaan kecemasan bagi pil Merck, Molnupiravir. – AP

    Kumpulan pertama pil Paxlovid tiba di terminal kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, barat Seoul, Korea Selatan pada 13 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...