Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea S tidak akan boikot Olimpik Beijing

    SYDNEY, 13 DIS – Presiden Korea Selatan hari ini memutuskan tidak akan menyertai pemulauan diplomatik Amerika Syarikat (AS) ke atas Olimpik Musim Sejuk Beijing pada Februari, memetik keperluan untuk bekerjasama dengan China.

    Mengunjungi Canberra, Moon Jae-in berkata beliau ‘tidak menimbang’ untuk menjejas Olimpik untuk membantah rekod hak asasi manusia China, seperti yang dilakukan oleh beberapa negara Barat.

    “Kami belum menerima permintaan daripada mana-mana negara lain termasuk AS untuk mengambil bahagian dalam pemulauan diplomatik tersebut,” kata beliau.

    China telah mengingatkan AS, Australia, Britain dan Kanada bahawa mereka akan ‘menerima akibatnya.’

    Pemulauan itu didorong oleh penganiayaan China terhadap kaum minoriti Uighur di Xinjiang dan menghapuskan demokrasi di Hong Kong. – AFP

    Presiden Moon Jae-in tiba untuk mesyuarat dengan Perdana Menteri Australia Scott Morrison di Rumah Parlimen, Canberra kelmarin, hari kedua lawatan tiga hari ke Australia. Presiden Moon berkata Korea Selatan tidak akan boikot Olimpik Musim Sejuk Beijing. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda