Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Korea Selatan anjur sidang kemuncak dengan Biden

    SEOUL, 28 APRIL – Presiden baharu Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan mengadakan sidang kemuncak dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di Seoul pada 21 Mei.

    Biden dijadual mengadakan lawatan sulungnya ke Korea Selatan dari 20 hingga 22 Mei, sejak dipilih memegang jawatan pada Januari tahun lepas, menurut jurucakap Yoon Bae Hyun Jin dalam satu kenyataan hari ini. Lawatan itu di tengah-tengah ketegangan yang kian memuncak akibat ujian peluru berpandu Korea Utara.

    Presiden Yoon merancang mengadakan perbincangan dengan Biden mengenai pelbagai isu, termasuk mewujudkan pakatan dan kerjasama Korea Selatan-AS mengenai dasar Korea Utara, selain isu ekonomi serta keselamatan serantau dan antarabangsa.

    “Kami menjangkakan titik bersejarah akan tercipta dalam membangunkan lagi pakatan strategik komprehensif kedua-dua negara,” kata pegawai itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...