Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Korea Selatan, AS dan negara lain mulakan operasi ‘Christmas Drop’

    SEOUL, 5 DIS – Tentera Udara Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan tiga negara lain pada Ahad memulakan operasi ‘Christmas Drop’ bagi menghantar ubat-ubatan dan keperluan asas lain secara tahunan ke pulau-pulau terpencil Pasifik menjelang musim Krismas.

    Operasi kemanusiaan itu diketuai Tentera Udara Pasifik AS, termasuk menghantar pakaian dan keperluan lain kepada penduduk Micronesia, lapor agensi berita Yonhap.

    Australia, New Zealand dan Jepun turut mengambil bahagian dalam misi yang dijalankan hingga Jumaat. Dilancarkan pada 1952, operasi itu merupakan operasi kemanusiaan paling lama oleh tentera udara AS.

    Korea Selatan mengambil bahagian dalam operasi tahunan itu sejak tahun lepas atas jemputan Tentera Udara AS. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...