Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Korea Selatan bakal tamatkan mandat pelitup muka

    SEOUL, 29 APRIL – Korea Selatan hari ini mengumumkan ia akan melonggarkan mandat pemakaian pelitup muka di luar bangunan minggu hadapan dalam respons terhadap penurunan kes COVID selepas lonjakan akibat Omicron.

    Pengumuman dibuat selepas Seoul melonggarkan hampir kesemua langkah penjarakan sosial awal bulan ini, menamatkan syarat ketat selama dua tahun yang memberi kesan ke atas peniagaan kecil di negara itu.

    Bermula Isnin, penduduk tidak lagi diwajibkan memakai pelitup muka ketika berada di luar bangunan melainkan menghadiri acara dengan lebih 50 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan dalam satu kenyataan.

    “Ketika langkah penjarakan sosial dilonggarkan dan mandat pelitup muka disesuaikan, orang ramai kini semakin hampir kembali kepada kehidupan normal,” kata Jeong Eun-kyeong, pengarah Agensi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), kepada wartawan.

    Bakal presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dari Parti Konservatif hari ini mengkritik keputusan untuk menamatkan mandat pelitup muka sebagai ‘terlalu awal’, dan mempersoalkan adakah ia berdasarkan ‘langkah pencegahan virus’ semata-mata.

    Ahn Cheol-soo, ketua pasukan kerajaan peralihan bagi Yoon, sebelum ini berkata kerajaan baharu merancang untuk membuat pengumuman mengenai mandat pada Mei. – AFP

    Orang ramai bersantai di taman yang terletak di Seoul. Korea Selatan akan melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka di luar bangunan bermula minggu hadapan.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...