Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Korea Selatan bekalkan gas ke Eropah

    SEOUL, 28 APRIL – Korea Selatan bercadang menghantar sebahagian bekalan gas asli cecair (LNG) ke Eropah bagi membantu mengurangkan krisis tenaga susulan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine,  menurut pegawai kerajaan hari ini.

    Kebimbangan mengenai gangguan bekalan gas asli di Eropah meningkat di tengah-tengah krisis berterusan di Ukraine, berikutan Rusia merupakan pembekal gas terbesar ke Eropah, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Kelmarin, pengeluar gas Rusia Gazprom memaklumkan pihaknya telah menghentikan bekalan gas asli ke Poland dan Bulgaria selepas negara-negara itu enggan membayar dalam mata wang rubel.

    Korea Selatan memutuskan untuk membekalkan sebahagian daripada gas LNGnya ke Eropah, kata seorang pegawai kementerian industri. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...