Korea Selatan buka semula sekolah

SEOUL, 4 MEI – Para pelajar Korea Selatan akan kembali ke sekolah mula minggu depan, kata pegawai hari ini, ketika negara itu berusaha kembali kepada kehidupan normal selepas pengurangan signifikan dalam jumlah jangkitan koronavirus dalam masa beberapa hari.

Sekolah ditutup pada awal Mac ketika Korea Selatan menghadapi wabak COVID-19 terburuk pada awal penularannya dan pada satu ketika, ia merupakan negara kedua paling teruk terjejas di bumi ini selepas tanah besar China. Namun ia tampaknya sudah pun dapat mengawal penularan kerana usaha meluas dalam program ‘kesan, uji dan rawat’ yang meraih pujian ramai.

Pelajar menjalani kelas online semenjak April namun pegawai mengatakan sekolah akan dibuka secara beransur-ansur bermula Rabu depan sehingga 1 Jun.

“Pembukaan semula sekolah tidak bermakna berakhirnya COVID-19,” kata menteri pendidikan, Yoo Eun-hae, menambah bahawa langkah-langkah berwaspada mesti diambil perhatian untuk kembali kepada keadaan ‘kelas bebas dan bertenaga’ sebelum wabak itu meletus. – AFP