Korea Selatan catat lonjakan kes COVID-19 tertinggi

SEOUL, 27 MEI – Korea Selatan mencatatkan lonjakan kes jangkitan COVID-19 tertinggi dalam tempoh tujuh minggu hari ini, disebabkan kluster baharu gudang e-dagang di pinggir ibu negara itu, ketika jutaan pelajar memulakan persekolahan.

Negara itu menjadi model global bagaimana ia berjaya mengekang virus dan berupaya menghalang jangkitan baharu serta mengembalikan normal kehidupan rakyatnya seperti biasa.

Bagaimanapun, hari ini pegawai kesihatan mengumumkan pertambahan 40 kes baharu menjadikan keseluruhannya 11,265 kes yang menyaksikan kebanyakan jangkitan itu direkodkan di Seoul, bandar raya kosmopolitan yang pesat. – AFP