Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Korea Selatan jadi negara tertua menjelang 2044

    SEOUL – Korea Selatan dijangka menjadi negara dengan jumlah penduduk warga emas paling ramai di dunia pada 2044 berikutan peratusan penuaan yang semakin pesat, menurut statistik data pejabat baru-baru ini.

    Peratusan rakyat Korea Selatan berumur 65 tahun ke atas diramalkan mencakupi 36.7 peratus daripada jumlah penduduk negara itu pada 2044, menurut Statistik Korea.

    Negara itu akan mengatasi anggaran 36.5 peratus Jepun pada tahun yang disebut, menjadi negara paling tua di dunia, menurut agensi berita Yonhap.

    Data itu berdasarkan laporan prospek penduduk PBB 2022 dan tinjauan agensi statistik Korea Selatan untuk penduduk negara itu.

    Peratusan warga emas Korea Slatan diramalkan meningkat daripada 17.5 peratus pada 2022 kepada 34.4 peratus pada 2040 dan 46.4 peratus pada 2070. Angka yang sama untuk Jepun diunjurkan meningkat daripada 29.9 peratus pada 2022 kepada 35.2 peratus pada 2040 dan 38.7 peratus pada 2070.

    Peratusan penduduk umur bekerja Korea Selatan, atau mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun, diramalkan menurun daripada 71.0 peratus pada 2022 kepada 56.8 peratus pada 2040 dan 46.1 peratus pada 2070. Ia memuncak pada 73.4 peratus pada 2012. – Xinhua

    Peratusan rakyat Korea Selatan berumur 65 tahun ke atas diramalkan mencakupi 36.7 peratus daripada jumlah penduduk negara itu pada 2044, menurut Statistik Korea.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...