Korea Selatan jamin 60 juta dos vaksin Pfizer

SEOUL, 5 NOV – Korea Selatan pada Jumaat menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS)  Pfizer Inc. untuk membeli 30 juta dos vaksin COVID-19 yang akan diterima tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 60 juta dos, kata pihak berkuasa kesihatan di sini.

Perjanjian itu adalah susulan kepada perjanjian awal yang ditandatangani pada Ogos yang menjamin 30 juta dos vaksin dan tambahan 30 juta dos, lapor Agensi Berita Yonhap menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA). – Bernama