Monday, September 26, 2022
23.8 C
Brunei

Korea Selatan laksana langkah baharu COVID-19

-

SEOUL, 26 JAN – Korea Selatan hari ini mula melaksanakan langkah respons COVID-19 baharu, termasuk mengurangkan tempoh kuarantin dan ujian pantas diperluaskan, ketika negara itu melaporkan peningkatan jumlah kes baharu hampir 50 peratus sehari.

Kira-kira 13,012 kes baharu disahkan, meningkat lebih 4,400 kes berbanding sehari sebelumnya iaitu sebanyak 8,571 kes. Ini menunjukkan penularan pantas yang dipacu oleh varian Omicron yang mudah berjangkit, varian tersebut menjadi strain dominan di negara itu sejak minggu lalu.

Pegawai Korea Selatan berkata analisis awal mereka menunjukkan Omircon menular dua kali ganda lebih pantas berbanding Delta, yang melonjakkan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital dan kematian semasa musim sejuk di negara itu, namun ia tidak menyebabkan penyakit serius atau kematian. Korea Selatan juga mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi. Lebih 85 peratus daripada 51 juta penduduk Korea Selatan sudah menerima vaksinasi lengkap dan lebih 50 peratus telah mendapatkan suntikan penggalak.

Namun, masih terdapat kebimbangan mengenai lonjakan mengejut jangkitan yang mungkin membebankan hospital dan mengakibatkan gangguan di tempat kerja dan perkhidmatan penting dengan secara berterusan memaksa sejumlah besar penduduk untuk menjalani kuarantin. – AFP

Petugas kesihatan mengambil sampel daripada penduduk awam di pusat ujian di Seoul. Korea Selatan memulakan langkah tindak baharu termasuk mengurangkan tempoh kuarantin dan ujian pantas segera.- AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -